My Blog List

Sunday, 25 November 2012

Halaman Tatabahasa


1.0              ANALISIS EMPAT KESALAHAN TATABAHASA.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ,seringkali terdapat banyak kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid sama ada dalam lisan dan penulisan.Antara kesalahan-kesalahan tatabahasa ialah:-
1.1              KESALAHAN KATA GANTI  NAMA DIRI
1.1.1        Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri untuk binatang,benda,tempat,dan tempat abstrak dalam binaan ayat.
Contoh:
1.      a)   Seluarnya kotak.Ia perlu dijahit.(×)
b)      Seluarnya koyak.Bajunya perlu dijahit(√)
2.      a)   Kucing itu mengiau.Ia kelaparan (×)
b)   Kucing itu mengiaua.Kucing itu kelaparan.(√)
3.   a)   Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia.Ia terletak di Sabah.(×)
      b)   Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia.Gunung Kinabalu terletak di Sabah.(√)
Ulasan
Dalam Bahasa Melayu,hanya manusia yang mempunyai kata ganti nama
diri.Benda,haiwan,tempat,dan benda abstrak tidak mempunyai kata nama diri.
                       
1.1.2        Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri beliau untuk menggantikan   
nama kanak-kanak,penjenayah,penagih dadah,atau atau orang yang dianggap rendah moral atau akhlaknya.
Contoh:
1.      a) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika beliau sedang dalam  
          keadaan khayal. (× )
      b) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika dia sedang dalam  
           keadaan khayal.( √ )
2.      a) Kanak-kanak itu menangis.Beliau kehilangan ibunya.( × )
b) kanak-kanak itu menangis.Dia kehilangan ibunya.(√ )

Ulasan.
Dalam Bahasa Melayu,kata ganti diri beliau hanya digunakan untuk orang yang dianggap mulia,dihormati,dan berjasa seperti guru,ibu bapa,pemimpin,dan sebagainya.
                       
            3.2       KESALAHAN DARI SEGI KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan digunak untuk
Menghitung benda,misalnya satu,dua,tiga,dan seterusnya atau beberapa,semua,
dan sebagainya.
Kata bilangan tak tentu setengah-setengah,kata bilangan pisahan tiap-tiap,dan
kata bilangan himpunan kedua-dua,dan sebagainya tidak boleh disingkatkan
sewenang-wenangnya.
Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi para-para.
Kata bilangan tetntu seperti satu,dua,tiga dan seterusnya tidak boleh
didekatkan sekali gus dengan kata bilangan pecahan.

3.2.1    Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tertentu.
            Contoh:
1.      a)   Tambangnya lima setengah ringgit (×)
b)   Tambangnya lima ringgit setengah.( √ )
                                    2.   a)   Dua bajunya telah dimakan tikus.( x )
                                          b)   Dua helai bajunya telah dimakan tikus.(√ )
                        Ulasan
                        Apabila menggunakan kata bilangan tentu untuk membilang kata nama konkrit itu 
                        mestilah diletak penjodoh bilangannya.




3.2.2    Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tentu yang sedia ada membawa makna jamak.

Contoh:
1.      a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara 
    haram. (x) 
b) Sepuluh buah kilang di kawasan itu beroperasi secara 
    haram. (√)
2.      a) Lima batang sungai-sungai di kawasan itu telah dinaiki  air.(x)
b) Lima batang sungai di kawasan itu telah dinaiki air.(√)
                                    Ulasan
                                    Apabila membilang kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan kata bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak,maka kata nama konkrit yang dibilang tidak boleh digandakan.

3.2.3    Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi kata ganti nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu.
            Contoh:
1.      a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. ( x )
b) Banyak pelajar lulus dalam ujian sains itu. ( √ )
                                    2.   a) Semua butir peluru pistol itu masih belum digunakan.(x)
                                          b) Semua  peluru pistol itu masih belum digunakan.(√)
                        Ulasan
            Penjodoh bilangan tidak perlu diletakkan bagi kata nama konkrit yang
dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu,kecuali kata bilangan tak tentu beberapa.



3.2.4    Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak tentu.
            Contoh:
1.      a) Para-para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali.( x )
b) Para guru diingatkan agar mengambil sikap berkecuali.( √ )   
                                    2.   a) Semua bilik-bilik hotel itu telah habis ditempah.(x )
                                          b) Semua bilik hotel itu telah habis ditempah.(√ )
                                    Ulasan
                                    Semua kata bilangan tak tentu telah sedia membawa makna jamak.Oleh
                                    itu,kata nama konkrit yang dibilang tidak perlu digandakan.

                        3.2.5    Kesalahan menulis singkat kata bilangan himpunan dalam ayat.
                                    Contoh:
1.      a) Kelapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan.( x )
b) Kelapan-lapan ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan.
    ( √ )
                                    Ulasan
                                   
                        Kata bilangan himpunan mesti digandakan .Jika tidak digandakan ,kata
                        bilangan itu akan menjadi kata bilangan tingkat.
           
3.2.6    Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan himpunan.
            Contoh:
1.      a) Kedua -dua bakul itu penuh berisi sayur.( x )
2.      b) Kedua –dua buah bakul itu penuh berisi sayur.( √ )

Ulasan
Semua kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan himpunan mestilah diberi penjodoh bilangannya.
                       
3.2.7    Kesalahan menggunakan kata bilangan tak tentu para menjadi para-para.
            Contoh:
1.      a) Para-para menteri itu sedang bermesyuarat.( x )
b) Para menteri itu sedang bermesyuarat.( √ )
                                    Ulasan.
                                    Kata bilangan tak tentu para tidak boleh digandakan menjadi para-para
                                    kerana para-para bermaksud rak.
           
3.2.8    Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
            Contoh:
1.      a) Berbagai barang antik ada dipamerkan di situ.( x )
2.      b) Berbagai- bagai barang antik ada dipamerkan di situ.( √ )

Ulasan
Kata bilangan tak tentu berbagai –bagai boleh ditulis sebagai pelbagai,tetapi tidak boleh ditulis sebagai berbagai sahaja kerana kata berbagai bermaksud tidak ada bandingan.
                       
                        3.2.9    Kesalahan menulis singkat kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi  
                                    tiap sahaja.
                                    Contoh:
1.      a) Tiap petang dia bermain sepak takraw.( x )
b) Tiap - tiap petang dia bermain sepak takraw.( √ )

                                    Ulasan
                                    Kata bilangan pisahan tiap-tiap boleh ditulis sebagai setiap tetapi tidak
                                    boleh ditulis sebagai tiap sahaja kerana kata tiap bermaksud wang kopi.


3.3       KESALAHAN KATA GANTI  NAMA  TUNJUK

Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.Dalam bahasa Melayu baku,kata ganti nama tunjuk ada dua,iaitu ini dan itu.Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi atau tugas:-
·         Berfungsi sebagai subjek ayat.
Contoh:
Ini meja meja tulis saya.
·         Berfungsi sebagai penentu
Contoh:
Istana itu milik Raja Permaisuri Bainun.

3.3.1    Kesalahan meletakkan kata ganti nama tunjuk yang bertugas sebagai penentu di hadapan frasa nama atau kata nama.
            Contoh:
1.      a) “Ini malam,kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” 
      kata Abu dan Zahar.( x )
b) “ Malam,kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi  pantai,”
            kata Abu dan Zahar.( √ )
2.      a) Itu pegawai polis datang untuk menangkap pencuri yang memecah
    masuk rumah hartawan itu.( x )
b) Pegawai polis datang untuk menangkap pencuri yang memecah
    masuk rumah hartawan itu.( √ )
                                   
Ulasan
Ayat 1(a) dan 2 (a) salah kerana meletakkan kata nama tunjuk di hadapan kata nama,sedangkan kata ganti nama tunjuknya berfungsi sebagai penentu dan bukannya sebagai subjek ayat.

                       

3.3.2    Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tunjuk di tempat yang betul berdasarkan fungsinya.
            Contoh:
1.      a) Sekolah yang ini baru siap pembinaannya akan dirasmikan oleh
    Menteri Pendidikan Malaysia. ( x )
b) Sekolah yang baru siap pembinaannya ini akan dirasmikan oleh
    Menteri Pendidikan Malaysia. ( √ )
2.      a) Buku ini yang baru sungguh tebal.( x )
b) Buku yang baru ini sungguh tebal.( √ )
                                   
                                    Ulasan
                                    Ayat 1(a ) dan 2 (a) salah kerana tidak menggunakan kata ganti nama
                                     tunjuk mengikut fungsi sama ada sebagai penentu atau sebagai subjek
                                     ayat.
                                               
                                               

            3.4       KESALAHAN DALAM KATA PEMERI
                        Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan
frasa-frasa utama dalam ayat.Kata pemeri ini berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu ayat.Oleh itu,kata pemeri ini dikenali sebagai kata penegas juga.Dalam bahasa Melayu baku,kata pemerinya adalah seperti berikut:-

Ada, ialah,adalah
 


Untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif,hanya kata pemeri adalah yang paling sesuai digunakan.
Contoh:
1.      Penerangan yang diberi oleh penceramah pada malam itu adalah jelas sekali.
2.      Kiraan yang dibuat oleh juruwang itu adalah tepat sekali.


3.4.1    Kesalahan menggunakan kata pemeri ialah untuk menegaskan
             kesungguhan pada makna frasa adjektif dalam ayat.
Contoh:
1.      a) Kebanyakan huruf pada helaian buku itu ialah kabur.( x )
b) Kebanyakan huruf pada helaian buku itu adalah kabur.( √ )
2   a) Fesyen kebarung ialah sesuai untuk dipakai pada majlis tertentu
         sahaja.( x )
                                        b) Fesyen kebarung adalah sesuai untuk dipakai pada majlis tertentu
                                            sahaja.(√)
                       
                                    Ulasan
                                    Ayat 1(a) dan 2 (a) salah kerana menggunakan kata pemeri ialah untuk
menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif.Untuk frasa adjektif,kata  pemeri adalah lebih sesuai dan tepat penggunaannya.
           
3.4.2    Kesalahan menggunakan kata pemeri adalah untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa kerja dalam ayat.
            Contoh:
1.      a) Adalah diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan pidato  
    pada tahun ini ialah Saudari Nur Anis Awatif.(x)
b) Dengan ini diumumkan  bahawa pemenang bagi pertandingan
    pidato   pada tahun ini ialah Saudari Nur Anis Awatif.(√)
                                   
Ulasan
           
Ayat 1(a) adalah salah kerana menggunakan kata pemeri adalah untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa kerja.Kata pemeri adalah hanya digunakan untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif dan frasa sendi.


2.0              RUMUSAN

Pada kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa kesalahan aspek tatabahasa di kalangan murid sering menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh Guru-guru Bahasa Melayu terutamanya guru yang mengajar Tahap 2.Aspek tatabahasa haruslah diberi penekanan yang serius kerana ia sangat mempengaruhi markah akademik murid.
Murid –murid seharusnya lebih membuat ulangkaji dan benar-benar faham bahawa tatabahasa terbahagi kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis.

Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,binaan, bentuk, dan golongan kata.Sebagai contoh,kata pagi dilihat tersusun daripada rentetan fonem /p/a/g/ dan /i/ sehingga menjadi unit bahasa yang bermakna,iaitu pagi yang bermaksud”waktu selepas matahari terbit”.Dalam bidang morfologi ialah unit tatabahasa yang menjadi unsure untuk membentuk kata.Morfem diertikan sebagai unit bahasa terkecil yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.

Sintaksis pula ialah dapat diertikan sebagai bidang linguistik yang mengkaji pembinaan ayat.Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa tertentu.Jadi,sintaksis juga berkaitan dengan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat.Binaan ayat yang terdiri daripada subjek dan predikat ini menghasilkan empat pola ayat dasar.Empat pola ayat dasar ialah:-

1.      FRASA NAMA + FRASA NAMA (FN + FN)
Lelaki itu pegawai polis

2.      FRASA NAMA + FRASA KERJA(FN + FK)
Adik membaca buku

3.      FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF (FN + FA)
Kereta itu sangat cantik

4.      FRASA NAMA + FRASA SENDI NAMA (FN + FS)
Surat itu daripada Jabatan Pelajaran
 


                                                 







Untuk  menguasai sistem tatabahasa ini juga,murid hendaklah sentiasa rajin merujuk kamus,banyak membaca buku tentang tatabahasa dan memperkayakan perbendaharaan kata. 

1 comment:

  1. Banyak ilmu.Kesalahan tatabahasa sangat penting untuk kita ketahui.

    ReplyDelete