1.0
ANALISIS
EMPAT KESALAHAN TATABAHASA.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah ,seringkali terdapat banyak kesalahan penggunaan tatabahasa
oleh murid sama ada dalam lisan dan penulisan.Antara kesalahan-kesalahan
tatabahasa ialah:-
1.1
KESALAHAN
KATA GANTI NAMA DIRI
1.1.1
Kesalahan penggunaan kata ganti nama
diri untuk binatang,benda,tempat,dan tempat abstrak dalam binaan ayat.
Contoh:
1. a) Seluarnya kotak.Ia perlu dijahit.(×)
b) Seluarnya
koyak.Bajunya perlu dijahit(√)
2. a) Kucing itu mengiau.Ia kelaparan (×)
b)
Kucing itu mengiaua.Kucing itu kelaparan.(√)
3. a) Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi
di Malaysia.Ia terletak di Sabah.(×)
b) Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi
di Malaysia.Gunung Kinabalu terletak di Sabah.(√)
Ulasan
Dalam Bahasa Melayu,hanya manusia yang mempunyai
kata ganti nama
diri.Benda,haiwan,tempat,dan benda abstrak tidak
mempunyai kata nama diri.
1.1.2
Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri
beliau untuk menggantikan
nama kanak-kanak,penjenayah,penagih
dadah,atau atau orang yang dianggap rendah moral atau akhlaknya.
Contoh:
1. a)
Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika beliau sedang dalam
keadaan khayal. (× )
b) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis
ketika dia sedang dalam
keadaan khayal.( √ )
2. a)
Kanak-kanak itu menangis.Beliau kehilangan ibunya.( × )
b) kanak-kanak itu menangis.Dia
kehilangan ibunya.(√ )
Ulasan.
Dalam Bahasa Melayu,kata ganti diri
beliau hanya digunakan untuk orang yang dianggap mulia,dihormati,dan berjasa
seperti guru,ibu bapa,pemimpin,dan sebagainya.
3.2 KESALAHAN DARI SEGI KATA BILANGAN
Kata
bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan digunak untuk
Menghitung
benda,misalnya satu,dua,tiga,dan seterusnya atau beberapa,semua,
dan
sebagainya.
Kata
bilangan tak tentu setengah-setengah,kata
bilangan pisahan tiap-tiap,dan
kata
bilangan himpunan kedua-dua,dan
sebagainya tidak boleh disingkatkan
sewenang-wenangnya.
Kata
bilangan tak tentu para pula tidak
boleh diulang menjadi para-para.
Kata
bilangan tetntu seperti satu,dua,tiga
dan seterusnya tidak boleh
didekatkan
sekali gus dengan kata bilangan pecahan.
3.2.1 Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama
konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tertentu.
Contoh:
1. a) Tambangnya lima setengah ringgit (×)
b) Tambangnya
lima ringgit setengah.( √ )
2. a) Dua bajunya telah dimakan tikus.( x )
b) Dua helai bajunya telah dimakan tikus.(√
)
Ulasan
Apabila
menggunakan kata bilangan tentu untuk membilang kata nama konkrit itu
mestilah diletak
penjodoh bilangannya.
3.2.2 Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan kata bilangan tentu yang sedia ada membawa makna jamak.
Contoh:
1. a) Sepuluh buah kilang-kilang di kawasan itu beroperasi secara
haram.
(x)
b) Sepuluh
buah kilang di kawasan itu beroperasi
secara
haram. (√)
2. a)
Lima batang sungai-sungai di kawasan itu telah dinaiki air.(x)
b) Lima batang sungai di kawasan itu telah dinaiki air.(√)
Ulasan
Apabila
membilang kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan
kata bilangan tentu yang telah sedia membawa makna jamak,maka kata nama konkrit
yang dibilang tidak boleh digandakan.
3.2.3 Kesalahan meletakkan penjodoh bilangan bagi
kata ganti nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan tak
tentu.
Contoh:
1. a) Banyak orang pelajar lulus dalam ujian sains itu. ( x )
b)
Banyak pelajar lulus dalam ujian
sains itu. ( √ )
2. a) Semua
butir peluru pistol itu masih belum digunakan.(x)
b) Semua peluru pistol itu masih belum
digunakan.(√)
Ulasan
Penjodoh bilangan tidak perlu
diletakkan bagi kata nama konkrit yang
dibilang
dengan menggunakan kata bilangan tak tentu,kecuali kata bilangan tak tentu beberapa.
3.2.4 Kesalahan menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan
menggunakan kata bilangan tak tentu.
Contoh:
1. a)
Para-para guru diingatkan agar
mengambil sikap berkecuali.( x )
b) Para guru
diingatkan agar mengambil sikap berkecuali.( √ )
2. a) Semua
bilik-bilik hotel itu telah habis ditempah.(x )
b) Semua
bilik hotel itu telah habis ditempah.(√ )
Ulasan
Semua kata
bilangan tak tentu telah sedia membawa makna jamak.Oleh
itu,kata
nama konkrit yang dibilang tidak perlu digandakan.
3.2.5 Kesalahan
menulis singkat kata bilangan himpunan dalam ayat.
Contoh:
1. a)
Kelapan ekor anak lembu itu akan
dihantar ke klinik haiwan.( x )
b) Kelapan-lapan
ekor anak lembu itu akan dihantar ke klinik haiwan.
( √ )
Ulasan
Kata bilangan himpunan
mesti digandakan .Jika tidak digandakan ,kata
bilangan itu akan
menjadi kata bilangan tingkat.
3.2.6 Kesalahan tidak meletakkan penjodoh bilangan kepada kata nama
konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan himpunan.
Contoh:
1. a) Kedua -dua bakul itu penuh berisi
sayur.( x )
2. b)
Kedua –dua buah bakul itu penuh
berisi sayur.( √ )
Ulasan
Semua
kata nama konkrit yang dibilang dengan menggunakan kata bilangan himpunan
mestilah diberi penjodoh bilangannya.
3.2.7 Kesalahan menggunakan kata
bilangan tak tentu para menjadi para-para.
Contoh:
1. a)
Para-para menteri itu sedang
bermesyuarat.( x )
b) Para menteri itu sedang bermesyuarat.( √
)
Ulasan.
Kata
bilangan tak tentu para tidak boleh
digandakan menjadi para-para
kerana para-para bermaksud rak.
3.2.8 Kesalahan menulis ringkas kata bilangan tak tentu berbagai-bagai menjadi berbagai sahaja.
Contoh:
1. a) Berbagai barang antik ada dipamerkan
di situ.( x )
2. b)
Berbagai- bagai barang antik ada
dipamerkan di situ.( √ )
Ulasan
Kata
bilangan tak tentu berbagai –bagai
boleh ditulis sebagai pelbagai,tetapi
tidak boleh ditulis sebagai berbagai
sahaja kerana kata berbagai bermaksud
tidak ada bandingan.
3.2.9 Kesalahan menulis singkat
kata bilangan pisahan tiap-tiap menjadi
tiap
sahaja.
Contoh:
1. a)
Tiap petang dia bermain sepak
takraw.( x )
b) Tiap - tiap
petang dia bermain sepak takraw.( √ )
Ulasan
Kata
bilangan pisahan tiap-tiap boleh
ditulis sebagai setiap tetapi tidak
boleh
ditulis sebagai tiap sahaja kerana
kata tiap bermaksud wang kopi.
3.3 KESALAHAN KATA GANTI NAMA
TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk ialah kata
yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.Dalam bahasa Melayu
baku,kata ganti nama tunjuk ada dua,iaitu ini
dan itu.Kata ganti nama tunjuk
mempunyai dua fungsi atau tugas:-
·
Berfungsi sebagai subjek ayat.
Contoh:
Ini
meja meja tulis saya.
·
Berfungsi sebagai penentu
Contoh:
Istana itu milik Raja Permaisuri
Bainun.
3.3.1 Kesalahan
meletakkan kata ganti nama tunjuk yang bertugas sebagai penentu di hadapan
frasa nama atau kata nama.
Contoh:
1. a)
“Ini malam,kami bercadang untuk
meronda di kawasan tepi pantai,”
kata Abu
dan Zahar.( x )
b) “ Malam,kami
bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,”
kata Abu dan Zahar.( √ )
2. a)
Itu pegawai polis datang untuk
menangkap pencuri yang memecah
masuk
rumah hartawan itu.( x )
b) Pegawai
polis datang untuk menangkap pencuri yang memecah
masuk
rumah hartawan itu.( √ )
Ulasan
Ayat
1(a) dan 2 (a) salah kerana meletakkan kata nama tunjuk di hadapan kata
nama,sedangkan kata ganti nama tunjuknya berfungsi sebagai penentu dan bukannya
sebagai subjek ayat.
3.3.2 Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tunjuk di tempat yang
betul berdasarkan fungsinya.
Contoh:
1. a)
Sekolah yang ini baru siap pembinaannya akan dirasmikan oleh
Menteri
Pendidikan Malaysia. ( x )
b) Sekolah yang baru siap pembinaannya ini akan
dirasmikan oleh
Menteri
Pendidikan Malaysia. ( √ )
2. a)
Buku ini
yang baru sungguh tebal.( x )
b) Buku yang baru ini sungguh tebal.( √ )
Ulasan
Ayat 1(a )
dan 2 (a) salah kerana tidak menggunakan kata ganti nama
tunjuk
mengikut fungsi sama ada sebagai penentu atau sebagai subjek
ayat.
3.4 KESALAHAN
DALAM KATA PEMERI
Kata pemeri ialah kata
yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan
frasa-frasa
utama dalam ayat.Kata pemeri ini berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu
ayat.Oleh itu,kata pemeri ini dikenali sebagai kata penegas juga.Dalam bahasa
Melayu baku,kata pemerinya adalah seperti berikut:-
|
Ada, ialah,adalah
|
Untuk
menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif,hanya kata pemeri adalah yang paling sesuai digunakan.
Contoh:
1. Penerangan
yang diberi oleh penceramah pada malam itu adalah jelas sekali.
2. Kiraan
yang dibuat oleh juruwang itu adalah tepat sekali.
3.4.1 Kesalahan menggunakan kata pemeri ialah untuk menegaskan
kesungguhan pada makna frasa
adjektif dalam ayat.
Contoh:
1. a)
Kebanyakan huruf pada helaian buku itu ialah kabur.( x )
b) Kebanyakan huruf
pada helaian buku itu adalah kabur.( √ )
2 a) Fesyen kebarung ialah sesuai untuk
dipakai pada majlis tertentu
sahaja.( x )
b) Fesyen kebarung adalah sesuai untuk
dipakai pada majlis tertentu
sahaja.(√)
Ulasan
Ayat 1(a) dan 2 (a) salah kerana menggunakan kata pemeri ialah untuk
menegaskan
kesungguhan pada makna frasa adjektif.Untuk frasa adjektif,kata pemeri adalah
lebih sesuai dan tepat penggunaannya.
3.4.2 Kesalahan menggunakan kata pemeri adalah untuk menegaskan
kesungguhan pada makna frasa kerja dalam ayat.
Contoh:
1. a)
Adalah
diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan pidato
pada tahun
ini ialah Saudari Nur Anis Awatif.(x)
b) Dengan ini diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan
pidato pada tahun ini ialah
Saudari Nur Anis Awatif.(√)
Ulasan
Ayat
1(a) adalah salah kerana menggunakan kata pemeri adalah untuk menegaskan
kesungguhan pada makna frasa kerja.Kata pemeri adalah hanya digunakan untuk
menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif dan frasa sendi.
2.0
RUMUSAN
Pada
kesimpulannya dapatlah dirumuskan bahawa kesalahan aspek tatabahasa di kalangan
murid sering menjadi topik hangat yang diperkatakan oleh Guru-guru Bahasa
Melayu terutamanya guru yang mengajar Tahap 2.Aspek tatabahasa haruslah diberi
penekanan yang serius kerana ia sangat mempengaruhi markah akademik murid.
Murid –murid seharusnya
lebih membuat ulangkaji dan benar-benar faham bahawa tatabahasa terbahagi
kepada dua iaitu morfologi dan sintaksis.
Morfologi
ialah bidang yang mengkaji struktur,binaan, bentuk, dan golongan kata.Sebagai
contoh,kata pagi dilihat tersusun daripada rentetan fonem /p/a/g/ dan /i/ sehingga
menjadi unit bahasa yang bermakna,iaitu pagi yang bermaksud”waktu selepas
matahari terbit”.Dalam bidang morfologi ialah unit tatabahasa yang menjadi
unsure untuk membentuk kata.Morfem diertikan sebagai unit bahasa terkecil yang
berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.
Sintaksis
pula ialah dapat diertikan sebagai bidang linguistik yang mengkaji pembinaan
ayat.Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun
mengikut rumus atau hukum tatabahasa tertentu.Jadi,sintaksis juga berkaitan
dengan kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk
membentuk ayat.Binaan ayat yang terdiri daripada subjek dan predikat ini
menghasilkan empat pola ayat dasar.Empat pola ayat dasar ialah:-
|
1. FRASA
NAMA + FRASA NAMA (FN + FN)
Lelaki itu pegawai
polis
2.
FRASA NAMA + FRASA KERJA(FN +
FK)
Adik membaca buku
3.
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF (FN
+ FA)
Kereta itu sangat
cantik
4.
FRASA NAMA + FRASA SENDI NAMA
(FN + FS)
Surat itu daripada Jabatan
Pelajaran
|
Banyak ilmu.Kesalahan tatabahasa sangat penting untuk kita ketahui.
ReplyDelete