ii) PELAN PENGAJARAN
(RPH) DAN REFLEKSI MAKRO PENGAJARAN
RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN
BAHASA
MELAYU KELAS PEMULIHAN KHAS
Mata
pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun
: Kelas Pemulihan Khas Tahap 1
Bilangan
murid : 4 orang
Tarikh : 31 Oktober 2012
Masa : 11.05 – 11.35 pagi.
Tajuk : Huruf Vokal
Fokus
Utama (FU)
1.1.2 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku
kata terbuka dengan betul dan tepat.
Fokus
Sampingan
1.2 Mendengar,mengecam
dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad,suku
kata,perkataan,frasa dan ayat
dengan betul.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran,murid dapat:-
i)
Mengenal
huruf –huruf vocal
ii)
Membunyikan
huruf-huruf vocal
iii)
Membezakan
bunyi e(pepet) dan e(taling)
Kemahiran
berbahasa :
Membaca,mendengar,bertutur dan menulis.
Sistem
bahasa : Huruf
vokal
Pengisian
Kurikulum:
1.
Ilmu
: Bahasa Melayu ,Bahasa Inggeris.
2.
Nilai : Berkeyakinan,berani,kerjasama,bijak.
3.
Kemahiran
Bernilai Tambah:
Kemahiran
berfikir – menjana idea utama dan
idea
sokongan,mengelaskan,menghubungkaitkan,membezakan.
Kecerdasan
pelbagai - Interpersonal dan
kontekstual.
Pengetahuan
sedia ada – Murid pernah mendengar bunyi huruf vokal dalam
pengajaranBahasa
Inggeris.
Bahan bantu mengajar : Kad huruf,lembaran kerja,laptop dan peralatan LCD.
Langkah/Masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
|
Meneka tajuk pelajaran hari ini.
|
1.Guru menunjukkan kad-kad huruf
vokal sambil menyanyikan Lagu huruf vokal.
2. Guru menyoal murid tentang
nyanyian dan tajuk pelajaran pada hari ini.
Lagu
Huruf Vokal
a,itu hurufnya ‘a’ itu bunyinya
a,a,a,a,a
e, itu hurufnya,’e’ itu bunyinya
e,e,e,e,e
i,itu hurufnya ‘i’ itu bunyinya
i,i,i,i,i
o,itu hurufnya,’o’ itu
bunyinya,o,o,o,o,o.
|
1.Murid memerhatikan kad huruf vokal
sambil mengikut nyanyian guru.
2. Murid bersoaljawab bersama guru
bagi menyatakan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu Huruf-huruf Vokal
|
ABM
Kad huruf
KBT
Hubungkait
Menjana idea.
Nilai
Berani
Kerjasama.
|
Langkah 1
(10 minit)
|
Penerangan tentang bunyi huruf-huruf
vokal.
|
1.Guru menerangkan
tentang huruf-huruf
vokal dan bunyinya satu
persatu melalui kad-kad
huruf.
2. Guru memberikan
perbandingan bunyi e (pepet) dan e(taling).
3.Guru menyuruh murid
menampal huruf-huruf vokal di papan tulis secara individu.
4. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang perkataan awalan bagi setiap huruf-huruf vokal.
|
1.Murid menyebut huruf-huruf vokal
dan bunyinya melalui kad yang ditunjukkan oleh guru.
2. Murid
menyebut
secara individu
huruf-huruf
vokal.
3. Murid menampal kad
huruf vokal secara individu di papan tulis.
|
ABM
Kad Huruf
KBT
Interpersonal
|
Langkah 2
( 5 minit)
|
Huruf-huruf Vokal
(perkataan awalan)
|
Tayangan Slaid melalui CD
1.Guru mengarahkan murid
duduk dalam kumpulan dua-dua.
2. Guru memberi arahan
tentang latihan melalui slaid.
3.Guru membetulkan
jawapan murid yang salah dan member pujian kepada murid yang berjaya seperti
kata pujian ‘pandai’, bagus.
|
1.Murid duduk dalam kumpulan kecil.
2. Murid mendengar arahan dan
penerangan guru.
3.Secara bergilir-gilir dalam
kumpulan,murid menyelesaikan latihan yang disediakan oleh guru.
|
ABM
Komputer
KBT
Bekerjasama
|
Langkah 3
( 5 minit)
|
Latihan
(Pengukuhan)
|
1. Guru mengedarkan lembaran kerja
latihan huruf vokal awalan.
2. Guru memberi penerangan dan
arahan bagi latihan tersebut.
3.Guru member penilaian secara
individu.
4. Guru mengarahkan murid membuat
pembetulan jawapan bagi yang salah.
5.Guru
member pujian kepada murid yang berjaya menjawab semua jawapan dengan
betul.
|
1. Murid
mendengar
dengan teliti
arahan guru.
2. Murid
membuat
latihan secara
individu.
3. Murid menukar
kertas jawapan
dengan rakan
sebelah untuk
disemak dan
memberi
markah.
|
ABM
Lembaran kerja
(Rujuk Lampiran 1a)
|
Penutup
(5
minit)
|
Rumusan pelajaran dan
nilai murni.
(Permainan)
|
1.
Guru merumuskan
pelajaran yang telah
dipelajari pada hari ini.
2.Guru
mengarahkan
murid ke sudut
permainan untuk
bermain’ Lompat
Huruf’
Cara permainan:-
a)
Murid
memilih satu sahaja huruf vokal yang disediakan oleh guru.
b)
Murid
melompat ke atas huruf yang telah dipilih.
c)
Membunyikan
huruf vokal tersebut.
|
1.Murid menyebut
semula huruf-
huruf vokal dan
bunyinya satu
persatu.
2. Murid bergerak
ke Sudut
Lompat Huruf
dan mendengar
arahan guru.
3. Murid bermain dengan Permainan Lompat Huruf.
|
ABM
Pembaris
Kad Huruf
KBT:
Merumus
|
LAMPIRAN 1(a)

Refleksi Pengajaran Makro
a) Kekuatan
1. Suara
Selepas selesai pengajaran makro saya mengenalpasti kekuatan saya pada
suara.Kelantangan dan kejelasan suara saya memberi arahan kepada setiap murid
baik.Suara sedemikian akan memudahkan murid menjalankan sesuatu tugasan yang
diberikan oleh saya.Mereka tidak perlu bertanya secara berulang-ulang kali yang
mungkin akan mengganggu rakan mereka yang lain.
Selain itu, dengan suara yang kuat juga
dapat mengelakkan murid mungkin akan berasa jemu untuk terus mengikuti
pelajaran saya pada hari ini.Murid-murid juga akan member tumpuan terhadap
pengajaran saya tanpa mempedulikan gangguan-gangguan lain seperti murid-murid
lain yang lalu –lalang di luar kelas.Kejelasan suara saya juga,semua objektif
pengajaran dan pembelajaran tercapai kerana penyampaian isi dapat diterima
dengan betul dan tepat.
2 Bahan
Bantu Mengajar.
Sebagai Guru Pemulihan yang mengajar Murid
Pemulihan,bahan bantu mengajar amat penting bagi menarik minat murid untuk
mengikuti pengajaran saya.Saya telah menyediakan kad-kad huruf yang tulisan
bersaiz besar bagi memudahkan murid melihat dengan jelas yang sesuai mengikut
tahap mereka.Warna hitam pada tulisan memudahkan mereka mengingati huruf-huruf
vokal a,e,i,o,u dengan baik.
Penggunaan ICT dalam bilik darjah dengan
perisian Cakera Padat yang dibekalkan amat menarik perhatian murid.Mereka
begitu teruja untuk mencuba menggunakan computer dalam latihann yang disediakan
oleh saya.Perisian latihan pula cukup menarik dengan adanya warna yang berwarna
warni dan dilengkapi dengan suara animasi.Hal ini bersesuai bagi murid
pemulihan.Murid juga berasa seronok apabila dapat menekan sendiri butang
computer dan murid dapat merasai pengalaman tersebut.
3 Pemberian peneguhan oleh guru.
Bagi
menimbulkan keyakinan murid-murid,saya telah member peneguhan dalam makro
pengajaran saya.Saya telah memberi ganjaran-ganjaran untuk tingkahlaku yang
baik.Saya banyak memberi ganjaran berbentuk sosial seperti menggunakan
perkataan “pandai kamu mencari jawapan”,”bagus”.Ini secara tidak langsung boleh
menimbulkan motivasi murid bagi terus mengikuti pengajaran guru.Ia juga dapat
mengekalkan tingkahlaku yang diingini.
4. Unsur kecindan dan suspens.
Selain
dari itu,kekuatan dalam pengajaran makro saya, terdapat unsur suspens dengan
membuatkan murid tertanya-tanya dalam langkah penutup pengajaran. Saya menyebut
kepada murid bahawa mereka akan bermain satu permainan baru.Secara tidak
langsung juga murid dapat menjana idea secara kreatif dan kritis bagi
menghuraikan persoalan tentang apakah jenis permainan yang akan saya ajar.Persoalan
tentang “ apakah permaianan yang cikgu akan ajar nanti”?,”adakah permainan
tersebut ada kaitan dengan tajuk huruf Vokal”?.Ini akan menimbulkan suspens
kepada murid.
Unsur kecindan telah dikenalpasti
diantaranya, saya tidak terlalu serius apabila mengajar dan ada kalanya
tersenyum bagi membolehkan murid berani bertanya tanpa rasa takut kepada guru .
5.
Unsur Komunikasi
Unsur komunikasi juga penting iaitu bagaimana seorang
guru membina perhubungan dengan murid-muridnya.Saya juga telah menggunakan
cirri-ciri komunikasi yang positif seperti:-
v
Gerak
isyarat,
v
Geleng
kepala menandakan jawapan salah,atau guru tidak suka perlakuan murid tersebut.
v
Senyum
tandanya suka
v
Angguk
kepala tandanya setuju atau betul.
6.
Pengurusan Bilik Darjah.
Saya telah
mengambil kira factor-faktor berikut dalam merancang persekitaran fizikal
untuk melicinkan pengurusan bilik
darjah.Antaranya:-
ü
Corak Duduk Murid
Susun atur
meja yang mengikut kumpulan membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan.Saya telah memastikan murid duduk dalam susunan meja yang memudahkan
mereka perbincang tugasan yang diberi oleh guru.Semuanya selesa tanpa sebarang
gangguan.Iklim bilik darjah sebegini dapat merangsang pelbagai deria murid.
ü
Kelas Ceria.
Kelas yang
dihias dengan cantik menjadi salah satu factor yang menimbulkan murid untuk
terus mengikuti pengajaran guru.Guru boleh menggunakan mana-mana sudut untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kerana murid berasa selesa dan
seronok.
7.
Teknik penyoalan.
Saya telah menggunakan teknik penyoalan secara individu dan
menyeluruh
kepada kepada
murid-murid.Saya telah mewujudkan interaksi dua hala di antara
di antara guru dan
murid.Ini dapat dilihat apabila aktiviti kumpulan dijalankan.Guru
dan murid saling
bersoaljawab untuk mendapatkan jawapan yang betul.Saya juga
mengambilkira jawapan
murid agar mereka rasa dihargai.Interaksi juga berlaku
antara murid dengan murid
di mana mereka berbencang dalam kumpulan bagi ‘
memperolehi jawapan yang mereka pilih.
b) Kelemahan
1) Ganjaran
berbentuk benda/nyata
Kelemahan yang dikenalpasti dalam pengajaran
makro adalah hanya memberi ganjaran sosial.Sepatutnya saya menyediakan ganjaran
nyata seperti gula-gula,pensel,pembaris,penenda buku kepada murid.Ini boleh
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dan seronok.Murid akan
lebih berlumba-lumba mengangkat tangan bagi mencari jawapan.
2) Bahan
Bantu Mengajar
Bahan bantu mengajar yang disediakan
oleh saya boleh dijadikan lebih menarik jika ia di buat dengan menggunakan
huruf yang berwarna warna.Hanya satu warna digunakan.Jika pelbagai guna
digunakan untuk murid pemulihan,pengajaran adalah lebih baik,menerik dan
berkesan.
3)
Penutup pengajaran
Penutup
pengajaran saya adalah aktiviti permainan Lompat Huruf.Pengajaran lebih menarik
dan bermakna lagi jika murid menyanyikan sekali lagi lagu yang telah
dinyanyikan oleh guru pada set induksi.Ini boleh menambahkan lagi keseronokan
belajar kerana murid murid pemulihan memang amat suka belajar sambil menyanyi.
No comments:
Post a Comment