My Blog List

Thursday, 29 November 2012

Bacaan Berperingkat/Bergred


BACAAN BERPERINGKAT


Udang.                                          
Udang galah.
Udang galah berwarna merah.
Udang galah ada dijual di pasar minggu.
Banyak orang tidak mampu membelinya kerana harganya mahal.
Ayah membeli udang galah sekali sebulan.
Kami memang suka makan udang galah.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1.    Udang galah berwarna ……………..
2.    Harga udang galah ……………….
3.    Di …………………….. ada dijual udang
      galah.
4.    ………….. suka makan udang galah.
5.    Udang galah hidup di dalam …………………..





BACAAN BERPERINGKAT

Emak.                                     
Itu emak saya.
Nama emak saya Minah.
Emak suka masak bubur.
Emak masak bubur di dapur.
Bubur yang emak masak sedap.
Saya suka makan bubur yang emak masak.
Adik, abang, kakak, dan ayah pun suka makan bubur yang emak masak.

Jawab soalan-soalan berikut.

1.    Nama emak saya ialah ………………
2.   Emak masak ………………………
3.   Emak masak bubur di …………………..
4.    Siapakah yang suka makan bubur yang
      emak masa          
       …………………………………………………
5.    Sedapkah bubur yang emak masak?
      ………………………………………………...






 



  Ikan.                                       
Ini ikan.
Ini ikan emas.
Ayah beli ikan emas di kedai.
Ikan emas yang ayah beli sangat cantik.
Kakak masukkan ikan emas ke dalam balang.
Kakak letakkan balang di atas peti sejuk.
Hari-hari kakak beri ikan emas makan lalat.
Kakak sangat rajin memberi ikan emas makan.
Ikan emas hidup sihat dan gemuk.


Jawab soalan-soalan berikut.

1.    Apakah nama ikan ini?
2.    Siapakah yang membeli ikan emas?
3.    Di manakah ayah membeli ikan emas?
4.    Siapakah yang memasukkan ikan emas ke dalam balang?
5.    Kenapakah ikan emas hidup sihat?





BACAAN BERPERINGKAT


 
Epal.                                      
Itu buah epal.
Itu buah epal merah.
Buah epal merah sedap rasanya.
Buah epal merah ada dijual di pasar raya.
Orang tua suka makan buah epal merah.
Buah epal merah sangat lembut.

Jawab soalan-soalan berikut.

1.    Apakah warna buah epal ini?
2.    Bagaimanakah rasa buah epal?
3.    Di manakah buah epal ada dijual?
4.    Siapakah yang suka makan buah epal?
5.    Kenapakah orang tua suka makan buah epal?



BACAAN BERPERINGKAT
     

Ular.                                                  
Ini ular.
Ini ular sawa.
Ular sawa suka makan tikus.
Badan ular sawa bersisik.
Ular sawa suka tidur di dalam semak.
Ular sawa suka keluar waktu malam.
Ular sawa sangat bahaya.
Kulit ular sawa boleh dijadikan beg tangan.


Jawab soalan-soalan berikut.

1.    Apakah nama ular ini?
2.    Apakah makanan kegemaran ular ini?
3.    Di manakah ular selalu tidur?
4.    Adakah ular ini bahaya?
5.    Apakah yang boleh dibuat dengan kulit ular?








BACAAN BERPERINGKAT

Ubi.
Itu ubi kayu.
Ibu ada tanam pokok ubi kayu.
Ubi kayu boleh dibuat lepat.
Lepat ubi kayu sangat sedap.
Ibu jual lepat ubi di kantin sekolah.
Kawan-kawan saya suka beli lepat ubi ibu.


Jawab soalan-soalan berikut.

1.   Apakah nama ubi ini?
2.   Siapakah yang menanam ubi ini?
3.   Apakah yang boleh dibuat dengan  ubi ini?
4.   Di manakah ibu jual lepat ubi kayu?
5.   Siapakah yang suka membeli lepat ubi?







BACAAN BERPERINGKAT



Kakak.
Itu kakak saya.
Kakak saya cantik.
Kakak saya cantik dan rupawan.
Wajah kakak saya seiras dengan wajah Nora Danish.
Dia suka membaca buku dan menari.
Kadang-kadang dia suka memasak.



Jawab soalan-soalan berikut.

1.    Itu kakak siapa?
       ………………………………………………………….
2.    Sebutkan hobi kakak saya.
       …………………………………………………

3.    Adakah wajah kakak saya dengan wajah Nora serupa
…………………………………………



Arahan:
Baca petikan di bawah ini.
Kemudian ceritakan semula dengan
perkataan kamu sendiri.


Ini kereta bapa.
Kereta bapa berwarna merah.
Nama kereta bapa ialah Waja.
Saya dan keluarga selalu naik kereta bapa.
Pada hari minggu  bapa bawa kami ke pantai.















No comments:

Post a Comment